Friday 23 December 2011

MY 'SHENTA' HATI??

KENTUCKY fried chicken betoi lah! Apasal tajuk posting aku macam tu? SHENTA HATI bagai! PUII!! Dah la cakap pon tak tu'uih (tu'uih=terus). Bajet shumeil (there he goes again..). Tapi itu bukan lah perkara utama yang nak di ketengahkan dalam posting ni. A'ah.. Bukan nak tunjuk comey or gediks-gediks (adoyai..geli nak tulis macam tu haha). Tapi posting ney adalah posting di mana aku akan mengabadikan 1 ruang di dalam blog ini demi 'si dia', my precious one. WALAWEI!

 BUT, who's the lucky one tu? Ahaaaaaa.. But first, allow me to describe her. Kami kenal tak ada la lama mana, baru 6 bulan lebih kurang and she is more younger than me. But, age is not the main reason to make me fall in love to her. Dia tak ada la nak dikatakan comey sangat. Just nice-nice and tak ada la jemu nak pandang selalu (eleh..kalo dah sayang, apa-apa pon cantik..hehe). But the truth is, she is the medium type. Sedang-sedang saje. HEHE..

BIAR pon dia tu sedang-sedang saje, but she is the best for me. Aku suka cara dia. Jujur, tak keluar rumah sangat (if keluar pon, mesti aku ada sekali), tak pernah berahsia, obey me, and she never care pasal makan. Apa yang terhidang, itu la yang dia santap. She always beside me in whatsoever the situation was. When I in deeply sorrow, sad, tension, depress, frustrated, and even when I'm getting mad to something, she always there to for me. Apa yang aku bebelkan, dia mesti dengar je. For me, she is the best listener in the world!

SO, without letting me membebel panjang, let me introduce her.. NGEH NGEH NGEH..

Jeng Jeng Jeng!!

Thursday 22 December 2011

"ADOYAI..HUJAN TURUN LAGI.."

SCENE pukol 9.30 petang hari ni.(22/12/2011)
(scene berlatar belakangkan bunyi air hujan jatuh atas atap zink)

"Ish.. Lagu mana ni? Hujan dok buat tughun tak beghenti plak. Habeh jem semua program la lagu ni." Aku membebel depan pintu my beloved house.
"Kalau hujan hang kalut. Kalau panas pon hang kalut." Terdengar suare mak dari dapur.
"Dok la. Chek dah plan nak pi Bentong sat hari ni. Sambil tu boleh singgah pet shop kat Desa Damai tu, belikan makanan Nano (Nano=kucing kesayangan aku hehe)." Aku balas. Tak mahu mengalah.
"Cuba try hang bersyukur sekali sekala. Ni ALLAh turunkan hujan ni dah besar rahmat dah. Bila tak turun ujan, hang mintak. Bila dah turun, hang tak mau. Kalau ALLAh tak mau bagi dah hujan nanti, lagu mana pulak?" Mak kasik ayat agak menyentuh kalbu aku sebagai insan yang bergelar seorang MUSLIM.

*********************************

Wednesday 21 December 2011

NASIHAT = ADVICE........... (~Posting membebel~)

Kejadian ini berlaku pada petang ini (21/12/2011) lebih kurang pada 6.30 petang.
(dah macam ayat report polis plak..haha)

"Kite ni biarlah macam mana pon hidup, kita jangan sombong dengan tuhan." Pak leh bukak topik. Lari sikit dari bebudak len dok sembang dari tadi.
"Macam mana yang di katakan jangan sombong ngan tuhan tu? Tu sembahyang tu ha. ALLAH suruh kite sembahyang, kite tak sembahyang. Sombong la tu!" Pak leh sambung ayat dia tadi.
"Boleh di katakan semua suruhan ALLAH tu, keuntungan nya berbalik kepada kite balik samada di dunia atau pon akhirat."
"ALLAH suruh sembahyang, nak bagi kite sihat. Bagi darah turun mengalir ke otak. DIA bagi pulak pahala."
"ALLAH suruh kita berzikir, nak suruh kita sentiasa tenang. Tak ada dah dok gelisah-gelisah."
"Sambil-sambil kite dok bersembang ney pon bukan susah nak cari pahala. Sambil-sambil tu boleh je kite berzikir dalam hati. Sambil-sambil tu boleh je kite tengok bukit, langit, pokok, pastu sebut 'SUBHANALLAH.. Hebat nya ciptaan ALLAH ni.'" Pak Leh sambung terus. Yang len ada yang tersenyum, ada dok bersembang hal len.
"Jemi, aku nak tanye satu bende kat ko." Pak Leh pandang pada Jemi.
"Bende ape?" Jemi tanye balik.
"Kat mana tempatnya Tuhan tengok pada kite ni sebagai manusia?" Pak Leh men-men janggut.
"Kat............." Lame sikit Jemi sangkut, Pak Leh terus potong.
"Kat HATI!"
*********************************

Wednesday 14 December 2011

PERMULAAN = BEGINNING...........



SCENE 3.45 pepagi buta hari semalam. 
(scene berlatar belakangkan lagu Martin Solveig Ft. Dragonette - Hello)

"Hang dok buat apa tu?" tanya mak.
"Chek dok buat blog mak......" jawapan aku.
"Buat blog?" mak tanya lagik.
"Ha'ah. Blog.." jawab aku lagik.
"Apa dia blog tu?" mak dah start buat muka pelik.
"Err.. Chek nak habaq lagu mana pon tak tau.." aku jawab sambil gentel janggut.
"Blog ka, baloq ka, hang slow sikit speaker hang tu. Abang hang nak tidoq." nada mak agak keras sambil jari telunjuk di halakan ke speaker aku.
"Ni mesti kena report ni. Kalo tak, takkan 'polis' nak datang rush. Ish5.." mengomel aku dalam hati sambil mencapai remote speaker.

*********************************


Sunday 11 December 2011

KELU = SPEECHLESS...........

Alhamdulillah..
Thanks to ALLAH, our only one Almighty god who have let me to create this blog. Aku tak pernah create blog pon sebelum ney. Ni adalah blog aku n penulisan aku yang pertama and i hope it would not be the last.

Alhamdulillah..
Thanks to ALLAh, our only one Merciful god who have give me strenght to create this blog. Insyallah, aku akan melangkah satu lagi langkah kehadapan, di dalam dunia penulisan blog untuk diri aku dan mungkin untuk tatapan segelintir manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...