Thursday 22 December 2011

"ADOYAI..HUJAN TURUN LAGI.."

SCENE pukol 9.30 petang hari ni.(22/12/2011)
(scene berlatar belakangkan bunyi air hujan jatuh atas atap zink)

"Ish.. Lagu mana ni? Hujan dok buat tughun tak beghenti plak. Habeh jem semua program la lagu ni." Aku membebel depan pintu my beloved house.
"Kalau hujan hang kalut. Kalau panas pon hang kalut." Terdengar suare mak dari dapur.
"Dok la. Chek dah plan nak pi Bentong sat hari ni. Sambil tu boleh singgah pet shop kat Desa Damai tu, belikan makanan Nano (Nano=kucing kesayangan aku hehe)." Aku balas. Tak mahu mengalah.
"Cuba try hang bersyukur sekali sekala. Ni ALLAh turunkan hujan ni dah besar rahmat dah. Bila tak turun ujan, hang mintak. Bila dah turun, hang tak mau. Kalau ALLAh tak mau bagi dah hujan nanti, lagu mana pulak?" Mak kasik ayat agak menyentuh kalbu aku sebagai insan yang bergelar seorang MUSLIM.

*********************************
AYAT mak kasik buat aku termenung agak panjang jugak lah kat depan pintu tu. Dah la tegah pakai kain tuala, duduk menyangkung plak tu. Buruk betoi perangai. Tapi bukan tu yang aku nak bebelkan lam post ni. Tapi pasal bersyukur. Agak-agak aku la, ntah berapa kali yang aku bersyukur kot dalam hidup aku. Yang len banyak merungut je aku rasa. MUNGKIN LA.

MANUSIA ni memang tak sedar dek untung sebenarnya. Memang itu pon sifat hakiki yang ada, yang dah di semai sejak azali lagi. Bagi aku, dah memang sifat manusia tak pernah rasa puas. Tak pernah rasa cukup. Kalo tak, tak kan ada pepatah Melayu, 'sudah di berikan betis, mahukan peha pula'. Dah kasik banyak ni, mesti nak lagi banyak.

LUMRAH manusia akan mencari lebih lagi. Supaya kita hidup senang, segalanya mudah, n semua akan ikut atas kehendak kita. Semua ni boleh dikatakan di kawal oleh nafsu la jugak. Tak mudah nak kawal perasaan yang mana mendesak kita supaya mengikut keinginan n kehendak diri. Tok Imam pon kekadang tewas. Inikan pulak kita yang dah sedia maklum, cetek iman nya.

TAK salah kalau nak cari lebih. Tapi berpada lah dengan rezeki yang ALLAH dah turunkan. Janganlah sampai nak menipu untuk dapat lebih. Janganlah jugak sampai nak salahkan Qada' n Qadar, ketentuan Tuhan pada kita. Dan janganlah kita nak salahkan Tuhan atas segala halanngan yang di sediakan di sepanjang perjalanan kita. yang penting, kita mesti bersyukur.

HISH! Aku ney bukan la baik sangat. Bukan jugak nak tunjuk baik. tapi sekadar nak ingatkan diri aku sendiri supaya bersyukur selalu. Ni baru hujan sikit, dah banyak cekadak. Dah banyak merungut. Padahal disebalik setiap kejadian yang ALLAH jadikan di atas muka bumi ni, mesti ada hikmah nya.
TAK mahu sangat bersyukur, buat nya ALLAH tak mau bukak pintu rezeki, macam mana? Hehehehehe........................................ (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...