Tuesday 6 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 3 (ULTRAS UNIKL)-

SEPERTI yang sudah diceritakan dalam PART 2, aku ada aktiviti baru setelah menjejakkan kaki ke UniKL Business School. Dengan lahirnya hobi baru tu, maka lahirlah sebuah group chanting (bukan group choirs, juga bukan group berzanji..), yang diberi nama ULTRAS UNIKL. Bermula dengan hanya 4 orang yang konong-konong nak jadik Ultras, semakin hari semakin bertambah ahli yang ikut berdiri, bersorak, berpelukan, melompat serupa monyet, head banging ala-ala tengah layan lagu heavy metal, dan bersama-sama menari mengikut irama mengalahkan USOP, si penari kebudayaan.

Sunday 4 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 2 (PENUBUHAN KELAB PENYOKONG TEGAR)-

PELBAGAI pengalaman yang aku tempoh dalam masa setahun menyepi tu. Ye lah, bila dah create blog ney hujung tahun lepas, aku engat nak tulis je kat dalam blog ney. At least, ade kenangan-kenangan yang bermakna untuk di simpan kat sini. Kira jadik macam Unofficial Diary lah. HEHE Tapi semua tu hangat-hangat taik ayam ja. Bila dah start masuk UniKL, start bergelar student balik, dok kat hostel plak tu, memang tak la aku nak menulis blog neyh! HAHA Padahal aku dok usha bloggers len, mane je dorang pegi, tetap je dorang update blog dorang. Tak dek masalah pon. Janji ada line internet.

TAK macam aku, tinggal berhabuk blog neyh. HEHE Tapi tu semua bukan alasan sebenar. Sebenarnya aku sibuk menjalani kehidupan student (poyo je ayat! hahaha..). Kehidupan masa amek Bachelor kat sini xdek la sibuk sangat kalo nak di bandingkan dengan kehidupan mase aku amek HND kat Seri Iskandar dulu. Ngan assignment bersepah-sepah, quiz lagik, test lagik. Mamang sebuk lah. Tapi tu lah. Bila banyak masa terluang, makin tak dek masa pelak jadik nya. HAHA

SEBENARNYA masa terluang tu banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti. Aktiviti-aktiviti apakah yang di maksudkan itu? HAAAA Ney yang story kat sini. Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan nya ialah 'Melalak di Stadium Hoki'.PERGH!

ACANE (macam mane) tu? Apakah yang di maksudkan melalak didalam stadium hoki? Ada pertandingan menyanyikah? 

Saturday 3 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 1 (CERITA SETAHUN)-

MAK oi!! dah nak masuk setahun aku tinggal blog ney. Tapi tetiba rasa nak menulis balik. Kenapa? Mengapa? Wallah hua'lam. Tetibe je malam ney nak 'hapdate' blog ney setelah sekian lame menyepi. Tak tau lah kene rasuk dek hape. HAHA

SETAHUN bukan lah satu masa yang sekejap. Dalam setahun tu, macam-macam berlaku. Ada pahit, ada manis, ada pahit, ada kelat, ada payau, ada masin, ada masam. Senang kata semua ada lah! Cukup lengkap. Kalau nak dilakonkan semula menjadi siri telenovella/sinetron, bleyh capai 200++ episod aku rasa. Banyak sangat perkara-perkara penting yang menambah kenangan dan memori aku ni ha yang tak pernah full atau overlaoded.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...