Friday 21 December 2012

HOBI BARU?!

HOBI baru?! Really? Did not get it. HAHA So, semenjak dua menjak neyh, timbul la idea dalam kepala otak aku untuk memiliki sibijik DSLR. Bila dah ade kemampuan, aku pon beli la sebijik. Yang cikai jah. Jadi la ngan objektif aku. :)

OBJEKTIF untuk memiliki DSLR tu adalah kerana minat aku nak merakam or buat video dalam masa terluang aku. Riki punya riki, aku tanye kat ex-lecturer Multimedia aku mase kat KPMSI dulu, member aku, dorang pon suggest CANON sebab buat video best katenye. So, apa lagi? Duit dah ade, aku pon sambar CANON EOS 650D sebijik. Ada la satu dua mende yang aku tambah bagi jadik cambest sikit nak pakai kamera tu. :D

Thursday 20 December 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 4 (KEGEMILANGAN ULTRAS UNIKL)-


SEBULAN lebih cuti coz ade final exam, baru la bleyh start ngarut balik hari ney. Sayang nak tinggalkan blog ney tampa apa-apa update. Atleast ade gak something nak coretkan buat tatapan peribadi.. HEHE Mengikut sequence tajuk di atas, sudah semestinya ini adalah entry sambungan dari entry-entry yang lepas. tapi kali ney tak nak ngarut banyak. Cuma nak tunjukkan gambo-gambo zaman kegemilangan ULTRAS UNIKL je. Entry ney aku nak letak semua pictures kenangan aku ngan dorang. So, enjoice....................... :D

Tuesday 6 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 3 (ULTRAS UNIKL)-

SEPERTI yang sudah diceritakan dalam PART 2, aku ada aktiviti baru setelah menjejakkan kaki ke UniKL Business School. Dengan lahirnya hobi baru tu, maka lahirlah sebuah group chanting (bukan group choirs, juga bukan group berzanji..), yang diberi nama ULTRAS UNIKL. Bermula dengan hanya 4 orang yang konong-konong nak jadik Ultras, semakin hari semakin bertambah ahli yang ikut berdiri, bersorak, berpelukan, melompat serupa monyet, head banging ala-ala tengah layan lagu heavy metal, dan bersama-sama menari mengikut irama mengalahkan USOP, si penari kebudayaan.

Sunday 4 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 2 (PENUBUHAN KELAB PENYOKONG TEGAR)-

PELBAGAI pengalaman yang aku tempoh dalam masa setahun menyepi tu. Ye lah, bila dah create blog ney hujung tahun lepas, aku engat nak tulis je kat dalam blog ney. At least, ade kenangan-kenangan yang bermakna untuk di simpan kat sini. Kira jadik macam Unofficial Diary lah. HEHE Tapi semua tu hangat-hangat taik ayam ja. Bila dah start masuk UniKL, start bergelar student balik, dok kat hostel plak tu, memang tak la aku nak menulis blog neyh! HAHA Padahal aku dok usha bloggers len, mane je dorang pegi, tetap je dorang update blog dorang. Tak dek masalah pon. Janji ada line internet.

TAK macam aku, tinggal berhabuk blog neyh. HEHE Tapi tu semua bukan alasan sebenar. Sebenarnya aku sibuk menjalani kehidupan student (poyo je ayat! hahaha..). Kehidupan masa amek Bachelor kat sini xdek la sibuk sangat kalo nak di bandingkan dengan kehidupan mase aku amek HND kat Seri Iskandar dulu. Ngan assignment bersepah-sepah, quiz lagik, test lagik. Mamang sebuk lah. Tapi tu lah. Bila banyak masa terluang, makin tak dek masa pelak jadik nya. HAHA

SEBENARNYA masa terluang tu banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti. Aktiviti-aktiviti apakah yang di maksudkan itu? HAAAA Ney yang story kat sini. Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan nya ialah 'Melalak di Stadium Hoki'.PERGH!

ACANE (macam mane) tu? Apakah yang di maksudkan melalak didalam stadium hoki? Ada pertandingan menyanyikah? 

Saturday 3 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 1 (CERITA SETAHUN)-

MAK oi!! dah nak masuk setahun aku tinggal blog ney. Tapi tetiba rasa nak menulis balik. Kenapa? Mengapa? Wallah hua'lam. Tetibe je malam ney nak 'hapdate' blog ney setelah sekian lame menyepi. Tak tau lah kene rasuk dek hape. HAHA

SETAHUN bukan lah satu masa yang sekejap. Dalam setahun tu, macam-macam berlaku. Ada pahit, ada manis, ada pahit, ada kelat, ada payau, ada masin, ada masam. Senang kata semua ada lah! Cukup lengkap. Kalau nak dilakonkan semula menjadi siri telenovella/sinetron, bleyh capai 200++ episod aku rasa. Banyak sangat perkara-perkara penting yang menambah kenangan dan memori aku ni ha yang tak pernah full atau overlaoded.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...