Sunday 4 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 2 (PENUBUHAN KELAB PENYOKONG TEGAR)-

PELBAGAI pengalaman yang aku tempoh dalam masa setahun menyepi tu. Ye lah, bila dah create blog ney hujung tahun lepas, aku engat nak tulis je kat dalam blog ney. At least, ade kenangan-kenangan yang bermakna untuk di simpan kat sini. Kira jadik macam Unofficial Diary lah. HEHE Tapi semua tu hangat-hangat taik ayam ja. Bila dah start masuk UniKL, start bergelar student balik, dok kat hostel plak tu, memang tak la aku nak menulis blog neyh! HAHA Padahal aku dok usha bloggers len, mane je dorang pegi, tetap je dorang update blog dorang. Tak dek masalah pon. Janji ada line internet.

TAK macam aku, tinggal berhabuk blog neyh. HEHE Tapi tu semua bukan alasan sebenar. Sebenarnya aku sibuk menjalani kehidupan student (poyo je ayat! hahaha..). Kehidupan masa amek Bachelor kat sini xdek la sibuk sangat kalo nak di bandingkan dengan kehidupan mase aku amek HND kat Seri Iskandar dulu. Ngan assignment bersepah-sepah, quiz lagik, test lagik. Mamang sebuk lah. Tapi tu lah. Bila banyak masa terluang, makin tak dek masa pelak jadik nya. HAHA

SEBENARNYA masa terluang tu banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti. Aktiviti-aktiviti apakah yang di maksudkan itu? HAAAA Ney yang story kat sini. Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan nya ialah 'Melalak di Stadium Hoki'.PERGH!

ACANE (macam mane) tu? Apakah yang di maksudkan melalak didalam stadium hoki? Ada pertandingan menyanyikah? 
TAPI sebelum aku menjawab soalan yang aku sendiri tanya tu, aku nak memperkenalkan dulu team Hoki UniKL Young Guns. UniKL ada team hoki? Ney team Hoki UniKL Business School ke? Ye lah kan. Kalo ikut logik akal (bak kata si RICHARD), tak kan aku nak menyokong pasukan hoki dari kampus UniKL len sedangkan aku ney student dari UniKL Business School.


SEBENARNYA, team Hockey UniKL Young Guns ney membawa nama UniKL secara khususnya. Bukan wakil mana-mana kampus. So, as long as you are one of the UniKL's student, no matter what campus you were in, you should proud with this hockey team! Tapi tak semua student kat UniKL yang tau bahwa, ada nya team hoki yang power di bawah nama UniKL. Memalukan betoi! Tak boleyh nak salahkan orang jugak. Hoki ney bukan lah sukan yang top dalam Malaysia. Hoki tak macam bola. 70% rakyat Malaysia, kalo tak turun stadium, mesti tengok bola pasukan negeri masing-masing (tak kira lah lam Super League or Premier League..). Tapi kalo cerita bak hoki, masing-masing nganga................................... PUI!!

NAMUN, itu bukan tujuan sebenar yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal aktiviti 'Melalak di Stadium Hoki' tu. tu yang sebenarnya. HAHA So bila dah 2,3 minggu dok dalam UniKL, terpandanglah aku satu poster dalam lift kat campus. Poster pasal game kat Kuala Lumpur Hockey Arena (KLHA), sebelah Block 10 (hostel aku), petang Jumaat kalo tak silap, UniKL vs MBPJ. Mase mula-mula masuk hostel tu, dah ajin dengar pasal pasukan hoki UniKL ney. Tapi, sebab game hoki. Sape layan? :D Ntah macam mane, bila terpandang poster dalam lift hari tu, terpacul lam pale otak aku nak buat pasukan penyokong tegar ala-ala ULTRAS gitu. So petang tu punye game, ada lah 4 orang makhluk yang tak tau malu, berdiri, sambil pegang bendera UniKL (aku, Ah Chong, Hafiz Azman n Ghazali), menjerit-jerit macam sakai (sebab tak dek lagi lagu-lagu chanting). HAHA


ELAH! Setakat 3,4 orang, pebende ULTRAS nye? Ini game first. Ultras Malaya (UM) pon mula-mula start ada lah tak dek lah terus beratus orang macam sekarang. HUHU Kami 4 orang melalak ntah apa-apa. Otai-otai MBPJ siap bawak gendang bagai. Tapi aku ngan 3 ekor budak tak tau malu tu bukan sendirian membahan MBPJ, ada lagi yang kat belakang nuh, tumpang sekaki. Kalo nak dikire, ada dekat 20 orang jugak lah yang dok membahan MBPJ kat belakang kami ney. Cuma malu nak turun berdiri ngan kami. Maklumlah, kami 3 orang memang bongok sikit masa orientasi lagi (except Ghazali sebab die orientasi kat campus MIIT).

TAKKAN 3,4 orang je? Lagu chanting (sorakan) pon tak dek, macam mane nak jadik ULTRAS? HEHE Itu cerita, aku ase nak cerita kat PART 3 plak la. Ada gak bahan nak tulis nanti. So, INSYAALLAH aku ceritakan pulak zaman kegemilangan pasukan sorak yang tak tau malu, konong-konong macam Ultras Malaya, yang diberi name ULTRAS UNIKL  ney ha............................................ (^_^)


TO BE CONTINUE...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...