Tuesday 6 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 3 (ULTRAS UNIKL)-

SEPERTI yang sudah diceritakan dalam PART 2, aku ada aktiviti baru setelah menjejakkan kaki ke UniKL Business School. Dengan lahirnya hobi baru tu, maka lahirlah sebuah group chanting (bukan group choirs, juga bukan group berzanji..), yang diberi nama ULTRAS UNIKL. Bermula dengan hanya 4 orang yang konong-konong nak jadik Ultras, semakin hari semakin bertambah ahli yang ikut berdiri, bersorak, berpelukan, melompat serupa monyet, head banging ala-ala tengah layan lagu heavy metal, dan bersama-sama menari mengikut irama mengalahkan USOP, si penari kebudayaan.

ITULAH logo yang tercipta (terima kasih Fathy). Walopon tak seganas logo-logo Ultras seantero Malaya (termasuk Sabah dan Sarawak), tapi kami tetap bangga. Benda baru, ade lah adalah 20-30 orang yang betul-betul join. Nanti dah lama kit, mungkin ada logo ganas sikit, HAHA

BERBALIK ke main point yang nak diceritakan, masa game first memang ada 4 orang je yang berdiri pegang bendera (konong patriotik ke UniKL lah.. hahaha..), and majority dok jerit-jerit kat belakang tukang penambah perasa. Tapi, bila turun second game kat KLHA, ramai yang nak join dok chanting. Dorang yang nak join tu, kebanyakkannya memang dah dok join sebulu ngan Ultras negeri masing-masing. Kat game second ney lah jugak, aku bawak turun banner hand made, pertama-tama, ULTRAS UNIKL. So, kesimpulannya, ULTRAS UNIKL dah nek ke satu level yang lebih tinggi. HEH!


HAND made bhai! Semuanya atas semangat untuk menzahirkan sokongan kepada pasukan Hoki UniKL Young Guns. Tak paham betoi haku! HUHU Dan dengan membawa banner baru, dengan semangat 1UniKL (bukan 1Malaysia je ada.. hahaha), juga dengan kekuatan budak-budak yang tak tau malu, kami turun dengan buat muka tak tahu apa-apa. Cuma lam kepala otak masing-masing, especially aku, dah pasang niat nak membahan player-player team lawan je. Itu lah matlamat kami petang tu sebenarnya. :D


SINCE second game tu lah, ULTRAS UNIKL dah jadik macam 1 group yang tak rasmi untuk budak-budak hostel blok 10 have fun and lepas tension study. Group yang mengumpulkan semua latar belakang student, dari 2 kampus berbeza (UniKL Bis ngan UniKL MIIT), course berlainan, duduk di bawah 1 panji yang sama, ULTRAS UNIKL. Pihak Management UniKL Young Guns Hockey Team pon dah mula sedar akan kehadiran kami. And sejak dari hari tu, kami memang dapat sokongan, tak kiralah dari segi moral or duit (terutamanya) dari dorang.


BANYAK lagi kisah di mana suka duka bersama budak-budak ULTRAS UNIKL ni. Banyak gak pengalaman n erti kesabaran yang aku tempoh dalam masa group ney semakin naik. Sambung PART 4 plak lah nanti. INSYA ALLAH............................. :)

 TO BE CONTINUE...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...