Saturday 3 November 2012

TERASA NAK MENULIS BALIK... -PART 1 (CERITA SETAHUN)-

MAK oi!! dah nak masuk setahun aku tinggal blog ney. Tapi tetiba rasa nak menulis balik. Kenapa? Mengapa? Wallah hua'lam. Tetibe je malam ney nak 'hapdate' blog ney setelah sekian lame menyepi. Tak tau lah kene rasuk dek hape. HAHA

SETAHUN bukan lah satu masa yang sekejap. Dalam setahun tu, macam-macam berlaku. Ada pahit, ada manis, ada pahit, ada kelat, ada payau, ada masin, ada masam. Senang kata semua ada lah! Cukup lengkap. Kalau nak dilakonkan semula menjadi siri telenovella/sinetron, bleyh capai 200++ episod aku rasa. Banyak sangat perkara-perkara penting yang menambah kenangan dan memori aku ni ha yang tak pernah full atau overlaoded.



BERMULA dengan menjadinya aku seorang pelajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School pada awal tahun ney, legasi aku sebagai pelajar di sambung semula. Sambung plak Degree. Kawan-kawan sekampung engat aku dah start keje kat KL. Padahal bukan. Tak taulah nak kata apa sebab pada mulanya aku sambung ney bukan atas alasan memang aku nak sambung sangat belajar, tapi atas sebab yang lain. Tapi bila dah masuk, dah jadik student, dah habis pon 1 sem, aku asa ini mungkin Qada' dan Qadar aku sebagai seorang hamba ALLAH di atas muka bumi ney, dan aku redha. Akan aku cuba untuk menjadikan kejadian ini sebagai salah 1 kelebihan aku di masa hadapan kelak (PERGH ayat!! hahahahah..)




KISAH sebagai seorang student diteruskan sehingga ke hari ni. Hidup sebagai student IPT memag banyak cabaran. Nak-nak plak bila campus tengah-tengah KL. Banyak sangat dugaan. Dugaan yang mungkin mejerumuskan ke lembah jahanam (lagi sekali keluar ayat power! hahaha). Tapi tak tau lah. aku ney bukan jenis yang minat dengan benda-benda macam tu. Alhamdulillah. Aku pohon kat ALLAH supaya mengekalkan sifat ketidak pedulian  pada benda-benda negatif tu. Dari dok buat benda-benda xelok, baik aku gi tengok bola ke, men futsal ke, jalan-jalan ke, lagi bagos aku rase. YE DOK?! huhu

MACAM air sungai, tak kan berhenti mengalir selagi tak jumpa lautan, samalah macam kehidupan kita ni. Tak kan pernah berhenti berjalan selagi Izrail tak datang menyeru pulang kepangkuan Si Pencipta. Nak tak nak, kita kena jugak tempuhi segala rintangan yang datang.
                       

TO BE CONTINUED...


P/S: Ney baru PART 1, INSYALLAH akan menulis PART 2 untuk rentetan diri sendiri... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...